Dasar Privasi (PDPA)
Kemaskini Terakhir: 17 Jun 2026
1. Komitmen Privasi Kami
Bagi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Zantanah.com, di bawah pengurusan Mohd Syahrizan Senan (Viks Properties Sdn Bhd) komited sepenuhnya dalam melindungi maklumat dan data peribadi pelanggan-pelanggan kami yang mencari hartanah di Perlis dan Kedah.
2. Pengumpulan Data Peribadi
Kami hanya mengumpul maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui borang pertanyaan (*lead forms*), kalkulator kelayakan, atau ketika anda menekan butang hubungi WhatsApp di laman web ini. Data ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: Nama Penuh, Nombor Telefon, Anggaran Gaji, dan Lokasi Pilihan.
3. Tujuan Penggunaan Data
Maklumat anda akan digunakan secara rasmi untuk tujuan perkhidmatan hartanah seperti:
- Menghubungi anda bagi menyemak kelayakan pinjaman rumah (DSR).
- Memberikan butiran dan menghantar kemaskini hartanah yang anda minati.
- Mengatur jadual lawatan (viewing) tapak projek atau rumah subsale.
- Menghantar dokumen berkaitan seperti e-book panduan pembeli rumah.
4. Perlindungan & Pendedahan Data
Data peribadi anda TIDAK AKAN dijual, disewa, atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran asing. Maklumat anda hanya digunakan secara dalaman oleh Mohd Syahrizan Senan dan mungkin akan dikongsikan bersama pihak institusi kewangan (Bank) atau pemaju projek hanya dengan persetujuan anda bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.
5. Keselamatan Maklumat
Kami menyimpan rekod pertanyaan anda (Leads) di dalam sistem pangkalan data pelayan yang dilindungi secara selamat. Walau bagaimanapun, penghantaran mesej melalui platform pihak ketiga seperti WhatsApp adalah tertakluk pada dasar privasi platform tersebut.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Data:
Mohd Syahrizan Senan
Viks Properties Sdn Bhd
Sila hubungi kami melalui butang WhatsApp di halaman utama.